Thursday, July 29, 2010

Ramadan Datang Lagi


Sejarah Penubuhan SK Limpoon 2.

Sejarah Penubuhan

Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (2) Batu Pahat telah ditubuhkan pada tahun 1958 dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. penubuhan sekolah adalah berasaskan kepada sekolah kongsi. Guru besar pertama yang dilantik untuk mentadbir SRK Limpoon (2) pada ketika itu ialah Encik Teo Teng Hwee. Pada 5hb. Mei 1963, sebuah kelas yang terdiri daripada 14 orang murid cacat pendengaran dan seorang guru telah ditubuhkan. Kelas tersebut adalah merupakan kelas pencantuman di bawah SRK Limpoon (2). Namun begitu sekolah ini telah keluar dari pentadiran SRK Limpoon (2) pada bulan Julai 1988 untuk ditadbir di bawah pentadbiran sendiri tetapi masih menggunakan bangunan yang sama. Sehingga kini SRK Limpoon (2) masih terus berkongsi bangunan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (1).

SRK Limpoon (2) dan SRK Limpoon (1) berkongsi bangunan dan sesi persekolahan bergilir setiap tahun (setahun pagi dan setahun petang).

Sekolah ini terletak di Jalan Lim Yew Leong berhampiran pusat bandar iaitu kira-kira 1 kilometer jaraknya. Berhampiran dengan sekolah terletak Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Mariam,Batu Pahat serta Sekolah Menengah Dato' Bentara Luar, Batu Pahat.

Sebenarnya tapak sekolah ini telah didermakan oleh "Tauke Lim Poon".Sebagai menghargai jasa beliau, sekolah yang didirikan telah diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon.

Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (2) hanya menggunakan 10 buah bilik sahaja daripada 24 buah yang sedia ada . Dari jumlah ini, 6 buah bilik digunakan sebagai kelas biasa dari Tahun 1 hingga Tahun 6, sebuah untuk bilik Pendidikan Moral, sebuah bilik Pemulihan, sebuah untuk dijadikan Pusat Sumber Serkolah serta sebuah bilik lagi telah diubahsuai untuk dijadikan Pejabat Guru Besar serta Pejabat Sekolah.

Walau bagaimana pun , daripada 10 buah bilik ini hanya 2 bilik saja yang tidak dikongsi bersama kegunaannya, bersama SRK Limpoon (1) iaitu Pejabat dan Pusat Sumber Sekolah.

Sementara itu , Bangunan "C' sekolah ini pula adalah dikongsi bersama kegunaannya dengan Sekolah Rendah Pendidikan Khas, Batu Pahat satu-satunya sekolah bagi murid-murid cacat pendengaran bagi daerah ini.